FOLLOW | DASHBOARD.


Entry About
Mengapa orang yang dia sayang pergi perlahan-lahan?

Secara perlahan-lahan orang yang dia sayang pergi meninggalkan 'orang kat atas ni' ketika dia memerlukan mereka. Mengapa mereka sanggup membuat dirinya seperti ini?

Dia cuba untuk menjadi kuat seperti dulu, tetapi tidak boleh. Dia tetap menjalani hidupnya dengan sifat palsu. Mengapa dia tidak dapat menjadi kuat seperti dulu?!?! Kerana orang yang dia sayang telah pergi meninggalkan dia secara perlahan lahan. Setiap hari dia menanya dirinya sendiri 'Mana kawan aku yang sentiasa ada disamping aku? Selalu mendengar masalah aku? Masalah hidupku? Yang takkan pernah tinggalkan ku?' 


Dia sangat menyayangi kawannya. Tetapi seorang pun tidak tahu tentang itu. Mana 'Best friends forever' tu? Forevernya mana? Hilang? Hanyut dilaut? Kalau boleh diputarkan masa tu.... dia akan cuba untuk perbaiki semua, taknak jadi macam ni. Mana janji 'kita' semua? Tak akan pernah perpisah? Yang akan sentiasa berada disamping orang yang kat dalam gambar atas ni...?

Mengapa orang yang dia sayang pergi meninggalkan dia?


Kenangan paling indah yang pernah berlaku dalam hidup dia ialah gambar di atas ni...

Awak nampak tak perempuan yang kat atas ni? Yang tengah buat muka tu? Kononnya dia sentiasa gembira dengan semua ini? Jawapannya ialah ----------------------- T I D A K.

Perempuan dekat atas ni setiap hari menangis.. Menangis sebab apa?!?! Sebab dia tidak sanggup menghadapi semua cabaran ini. Cabaran apa?!?! Macam macam cabaran yang dia hadapi. Contohnya?!?! M A S A L A H yang tak pernah henti.  Korang nampak macam dia happy sangat sangat  sekarang atau semalam atau minggu lepas atau bulan lepas atau tahun lepas atau.... tapi sebenarnya semua tu fake. Dia tak pernah happy. Dia selalu menangis. 'Hahahaha' dalam real life dia tu tak pernah wujud bagi dia. Setiap hari dia ada masalah/menangis.. Tapi tak ada seorang pun yang faham fasal dia.

Dia cuba untuk menampakkan diri dia dengan gembira. Seperti tiada masalah. Tapi sebenarnya ada. Tapi.... kenapa dia tak pernah bagitahu orang?!?! Kalau orang tahu fasal masalah dia, dorang takkan faham dengan keadaan dia. Posisi dia. Hanya Allah sahaja yang faham tentang dia. Dia selalu pendam perasaan dia. Dia tak pernah nak nampakkan semua itu. Tapi seorang pun tak faham. Bila dia nak keseorangan dan taknak diganggu, tapi sebenarnya dia nak ada orang datang tanya 'you kenapa? ada masalah? cerita kat I, I sanggup dengar dan cuba untuk gembirakan you balik'. Dia cuma nak di hargai, bukan attention seeker yang korang selalu cakap tu. 

Kenapa sorang pun tak pernah cakap macam tu kat dia? Even kawan baik dia sendiri? Kenapa? Dia sedih.... dia terasa diri dia tak pernah wujud kat dalam dunia. Well, dia tahu yang kawan baik dia tak semestinya nak dengan dia jee. Cuma, beri lah peluang sedikit untuk dia. 30 minit pun jadi. Hanya untuk dia. Itu dah buat dia kembali bangkit. Tapi.... itu semua hanya mimpi.  Dia pendam... setiap hari. Selagi dia boleh, selagi tu dia akan kuat menerima cabaran semua ni. Tapi.... semenjak 17/3/2012... dia sudah tidak sanggup untuk menjadi kuat dan tabah dengan semua ini. 

Manusia yang mana sanggup setiap hari pendam perasaan ni? Tak ada tempat untuk mengadu? Tak ada kan? Sama seperti dia. Dia hanyalah manusia biasa. Sama seperti korang semua. Dia takkan pernah bangkit.. M U N G K I N. Orang kata, kalau kita mengadu kat social networks dikira attention seeker. Tapi kalau dah tak tahan? Nak buat macam mana? Cuba kalau korang dekat posisi dia sekarang ni. Mesti rasa macam.... 'Aku taknak hidup kalau macam ni, aku tak sanggup'

Think.....

OLDER POST